Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Monday, October 26, 2009

Minggu Pertama di Turkmenistan

Salam,

Hari ni baru aku ada peluang menggunakan internet yang agak mahal di sini.

InsyaAllah, bila ada masa free, akan aku update menceritekan perihal kali pertama aku ke luar negara.


Adiosss!

Wednesday, September 2, 2009

Bidalan-Bedalan, Pantunan-Pantulan

Pen merah pen biru,

Orang ameno suka sup kepala lembu.

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama
Cina MCA jadi kepala kontraktor kaya-raya, cina DAP yang orang UMNO tuduh towkey kaya.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

Belajar songlap duit dahulu, itu syarat jadi calon Barisan.


Bagaikan melukut di tepi gantang,

PRK di Semenanjung asyik dimenangi pembangkang.


Hulu parang kayu kempas,

Kuguna parang tebang tebu,

Dulu katak menang atas tiket PAS,

Laa ni dia sokong parti kepala lembu.


Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Surau dan masjid kamu robohkan,

Kandang babi haram buat tak tahu.


Buah cempedak di luar pagar,

Ambik galah tolong jolokkan,

Parti rasuah makin bergegar,

Asyik pertahankan kekalahan.


Harapkan pagar, pagar makan padi.

Harapkan BERNAS, Tauke Hong Kong dah bawak lari.


Pinggan tak retak nasi tak dingin,

Katak melompat di tepi Hisyamuddin.


Dari kapas jadi benang,

dari benang dibuat kain,

org ameno memang bangang,

kepala lembu dibuat main.


Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang dua,

Apsal katak makin mengah,

tengok lidah bercabang dua.


Sangkipat Langkiwa,

Ibrahim suka lompat,

tepi Hisyamuddin lawa.


Apa beza orang UMNO dengan orang PAS?

Orang PAS bertakbir,

Orang UMNO ’take beeer’

Saturday, August 15, 2009

Kemahiran Berfikir Percuma

Gambar Hiasan - takde kene-mengene
  1. Menteri pergi tempat mengundi atas kapasiti jawatan dalam parti atau atas kapasiti jawatan menteri. kalau atas jawatan menteri, SPRM check tak Klem Mailej dorg. Bapak menteri kene tahu bezakan urusan parti dan kerajaan.
  2. Rumah RM25 juta, tapi gaji RM20k. Dapat loteri ke atau warisan mak bapak buat rumah tu?
  3. Fatwa iklan tikam ekor dalam akhbar milik orang Islam. Bila nak keluar nih?
  4. Wartawan tak kenal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.
  5. Wartawan tak tahu bahasa Inggeris, tapi malu nak belek kamus.
  6. Ada orang naik kapal terbang percuma. Takde orang nak siasat ke?
  7. Dalam media utama, Pakatan Rakyat je yang penuh dengan masalah, BN sempurna dari segala segi.
  8. Setiap perhimpunan dan demo, peserta beratuss ribu tidak ditemuramah oleh media massa. Kenapa dan Mengapa?
  9. Saham BERNAS pun kena jual. Nasi dah tak jadi makanan utama rakyat Malaysia ke?
  10. Ada ADUN kes rasuah boleh dijamin hari Jumaat di Terengganu. Ada kawan tu (baca rakyat biasa) terpaksa tidur lokap sebab hari cuti.
Cukuplah 10, nanti pecah kepala lak pk banyak2....

Speedometer