Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI
Showing posts with label Pelbagai Isu. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Isu. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

Mari Belajar Mengira

SIFAR Pembangkang – idea Khir Toyo. Entah Tokjib nak teruskan atau tidak. Dengar kata, Abang Khir takkan maafkan Pakatan Rakyat sampai mati.

SATU Malaysia idea baru, Negeri Pakatan Rakyat ada JKKKP tajaan UMNO. Tak hormat pilihan rakyat, camner nak berSATU?

DUA Menteri Besar dalam satu negeri. Kat Perlis ada MB produk haram, di Perak, MB Hitam Param. hahahahahah... (macamlah aku cerah sangat)

TIGA ADUN Terengganu menerima SMS ugutan. Takut mende gok, Wahid Endut siap orang tu ajok gocoh lagi boh!!
- I Lap U My Bratha -

EMPAT puluh enam ekor lembu korban untuk 46 buah surau di Selangor difitnah sebagai lembu rasuah. Kesian lembu. Saje je. Nanti kate aku mengelat pulak kasi nombor 46.

EMPAT daripada 10 belia di Kelantan yang berusia antara 18 sehingga 25 tahun, rajin untuk meneruskan pelajaran selepas tamat persekolahan dan bersungguh-sungguh mencari pendapatan menyara diri serta keluarga masing-masing. Pengerusi Penaja Gerakan Belia 4B Kelantan, Anuar Sapian merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Kerian berkata, fakta tersebut diperoleh melalui hasil kajian gerakan berkenaan terhadap golongan belia di negeri ini. Di Terengganu, berapalah agaknya ye!

LIMA orang sahaja Pengerusi Perhubungan UMNO negeri iaitu Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dikekalkan.

ENAM kaki judi melayu ditahan JAIP ketika ‘menikam ekor’ dalam operasi sulung mereka bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.. Saman je kedai ekor yang jual nombor kepada orang Islam. Kalau susah sangat nak buat sekatan ni, yang ada kad keahlian UMNO kasi lepas. hehehehe. Ada Berani?

TUJUH
ketua Umno sokong MB Terengganu. Yang selebihnya tak sokong. alo bro, Giant Mesra Mall apa citer?

LAPAN
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berubah, menandakan ada negeri yang kekal dan bakal terlepas ke tangan PR PRU13.

SEMBILAN Panel Hakim dipohon Ir Nizar untuk mendengar permohonan ‘MB Haram’ Perak.

10 Pengusaha Sawit dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima bantuan lembu daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui baru-baru ini. Dengar lembu je ingat rasuah. Apelah korang nih.
11 hospital swasta milik Columbia Asia di mana 5 telah beroperasi dan 6 lagi dijangka siap pertengahan 2011. KWSP memegang 30% kepentingan dalam Columbia Asia, manakala bakinya dimiliki Columbia Asia Group of Companies yang berpangkalan di Seattle, AS. Takde insurans atau 'kompeni' tak ‘cover’, merempatlah kita kat hospital kerajaan. Teringat kisah 2 doktor dihebohkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan semalam hinggakan CUEPACS mengharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengambil perhatian perkara ini dan menasihatkan menteri-menterinya supaya tidak bertindak melampaui batas.

12 orang di USA dijangkiti Selsema Khinzir, 10 pelajar dari New Zealand yang baru pulang dari lawatan ke Mexico turut dijangkiti. Manakala 81 orang di Mexico telah meninggal dunia. Wabak ini terus melanda Mexico dan Amerika Utara. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara.

13 tahanan ISA dibebas oleh tokjib - langkah popular bersifat sementara.




















13
hari Pakej Melancong Sambil Belajar ke London, Liverpool dan Manchester, wang saku dan bonus bernilai RM200,000 diperuntukkan kepada para pemain Kelantan sebagai ganjaran kepada mereka kerana mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu, biar pun kalah kerana berjaya mentransformasikan bola sepak Kelantan.

14 hari – tempoh yang diberikan Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub supaya membayar pampasan sebanyak RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM).

15 projek di bawah SDC telah diberikan surat tawaran kepada 15 kontraktor tempatan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Yahiya Awang Kahar di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu, Sabah. Pemberian tender projek pembinaan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dilakukan secara telus tanpa ada unsur pilih kasih, katanya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. (aku tak percaya, hiihihhi) Beliau berkata, pemilihan tersebut dilakukan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman. Bagi memperolehi maklumat terkini sesuatu projek yang sedang dilaksanakan di bawah SDC, sila layari laman web http://www.sdc.gov.my

16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco Pakatan Rakyat termasuk yang bernombor AGS 10 yang dipakai oleh MB ‘halal’ bakal dilelong oleh kerajaan ‘haram!’.

Wednesday, April 8, 2009

Berani Berubah

Ada Berani
Hari ni, aku nak ulas sikit aje pasal bapak2 menteri 4-5 orang yang menjilat ludah sendiri yang memuji tokjib membebaskan 13 orang tahanan ISA, di mana sebelum ini, merekalah penyokong nombor satu ISA. Dasar penjilat! Semoga kak Laila GMI tabah menempuhi dugaan ini.

Aku juga bukan nak cakap banyak pasal kemenangan PR 2-1 di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, manakala BN di Batang Ai. (dalam akhbar kemenangan BN = 1, Kemenangan PAS = 1, kemenangan PKR = 1 ; nak kasi nampak seri ke?)

Aku juga tak nak komen panjang lebar pasal kebodohan melayu UMNO yang marah2 pasal non-muslim menggunakan ayat al-Quran. Ni ulasan daripada anakbapak di http://anakbapak8385.blogspot.com

"Bukankah patutnya kamu wahai manusia UMNO patut malu apabila manusia yang kafir pun sudah mula menerima kebenaran al-quran lalu menyampaikannya namun malang di sebaliknya manusia UMNO yang mengaku Islam tidak mahupun menyampaikan ayat-ayat Allah hanya kerana dasar perjuangan UMNO termasuk undang-undang tubuhnya yang menolak Al-Qur’an…!!!

Umpama seorang muslim tidak menunaikan solat lalu ditegur oleh non-muslim agar si muslim itu bersolat lantas si non-muslim membaca ayat Allah berkaitan solat bahawa betapa solat itu mencegah dari melakukan mungkar, maka apakah si muslim itu tidak bersalah kerana tidak menunaikan solat dan siapakah si non-muslim itu dikira bersalah kerana menyuruh si muslim itu bersolat..???"

Aku juga tak mahu nak ulas pasal media TV yang suka melaporkan berita yang berat-sebelah macam biasa, semacam inginkan rakyat merasa jemu dengan PR, sepertimana mereka jemu dengan BN. Semacam membodohkan rakyat yang makin bijak menilai seperti menggunakan persen terkecil untuk memenangi persen yang besar. (5 orang yang ditemuramah menyokong PPSMI ditunjukkan oleh TV betapa rakyat menyokong PPSMI tetapi yang membantah di jalanan melebihi 100,000 orang tidak ditemuramah pula). Tinggal orang yang kurang bijak berfikir sahaja yang menyokong kamu!















Aku juga tak nak ulas pasal akhbar melayu yang makin rakus dan makin ghairah menjana pendapatan dengan mengiklankan nombor ekor di dada akhbar keluaran mereka. Pemilik akhbar melayu semakin berani menghalalkan yang haram kerana majoriti pembaca mereka adalah melayu yang majoritinya Islam, kita boleh lihat motif untuk menerima iklan dari mereka yang menyediakan perkhidmatan SMS nombor ekor 4D. Ini menjadi pemangkin, penggalak para pembaca untuk membeli nombor ekor dan terjebak dalam judi. Sebagai orang Islam, kita wajib memboikot akhbar yang memakan duit hasil iklan judi dan aku dah lama berhenti melanggan akhbar tersebut. Harakah pun dah lama dah ulas di
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=8251&Itemid=50

Ada berani ke?


Aku juga tak nak ulas panjang pasal menteri2 yang bakal digugur dan yang bakal dilantik kerana dah perangai yang sama jugak akan naik, hasil menyelam dalam tong yang sama. Cuma aku 'salute' kat Shahrir Samad yang berani 'keluar' sebelum diminta. Aku lebih suka dia ni sebelum jadi menteri, nampak jauh lebih bijak daripada kalangan pemimpin BN yang lain.

Akhir sekali, aku cuma nak cakap, selamat meneruskan hidup dengan penuh dugaan. Kepada pengundi PR di Batang Ai, syabas diucapkan kerana berani berubah dan kepada pengundi BN, seronok ke makan rumput dalam tempurung?

Semoga kita tabah menghadapi ujian daripada ALLAH.

Wednesday, March 11, 2009

Pelbagai Isu Dalam Kepala Orang Tempatan Tatkala Kemelesetan Ekonomi Dunia

(majoriti pemimpin BN (UMNO) kata Malaysia tidak menghadapi kegawatan ekonomi)

Pertama, walau pun mungkin dah terlewat, tapi aku masih ingin menyentuh tentang isu ini, iaitu mengenai penggunaan perkataan Allah bagi orang kristian di Malaysia untuk tujuan penerbitan, khususnya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (kini dinamakan Bahasa Malaysia). Apakah motifnya? Adakah untuk memudahkan pengguna Bahasa Melayu di Malaysia memahaminya? Siapakah majoriti pengguna Bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu? Jika itu tujuannya, aku sependapat dgn YB Zulkifli Noordin, menentang 100%.

Bukan ingin memperkecilkan tahap keimanan orang Melayu Islam di Malaysia, tetapi hakikatnya kita menepati ramalan seumpama buih-buih di pantai. Semua kelemahan manusia amnya, dan kelemahan orang Islam khususnya ada pada diri kita Orang Melayu.
Agama Islam bukan milik orang Melayu, tetapi adalah milik Allah untuk semua makhluk Allah khususnya manusia. Tetapi jelas ketara objektifnya jika penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian dalam Bahasa Melayu iaitu bagi menjadi bahan bacaan orang Melayu. Takkanlah orang bukan Melayu ingin membaca kisah Kristian dalam Bahasa Melayu semata-mata untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu? Orang UMNO yang menyokong PPSMI mungkin boleh ditipu hidup-hidup dengan menggunakan alasan di atas. Bingai...

Kedua, isu PPSMI yang makin melarat mencengkam anak-anak Melayu, khususnya di luar bandar yang amat jelas ketinggalan dalam pencapaian beberapa subjek akibat kelemahan Kementerian ‘tertentu’ (pinjam perkataan popular pemimpin Malaysia) dalam mendengar keluhan ibubapa serta kegemaran membuat sesuatu keputusan secara semberono tanpa menganalisa baik-buruknya dalam jangkamasa pendek dan seterusnya jangkamasa yang panjang.

Selepas 7 tahun dilaksanakan, barulah beberapa NGO yang sepatutnya terlibat daripada awal berani untuk membuka mulut menegur tentang ketidakberkesanan sistem PPSMI, malah meminggirkan Bahasa Melayu. Walau pun agak terlambat, tetapi masih lagi relevan untuk memperbetulkan apa yang salah dalam mengembalikan kegemilangan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Perantaraan Utama. Jangan tunggu subjek Bahasa Melayu diajar dalam Bahasa Inggeris, baru mahu menunjukkan protes, itu nasi sudah menjadi basi namanya.

Ketiga, sebagai rakyat biasa yang berfikiran waras di Malaysia, sepatutnya kita dapat menghidu betapa SPRM diperkudakan untuk kepentingan politik pihak ‘tertentu’ yang berkepentingan untuk meneruskan kelansungan diri dalam dunia politik tanah air. Berkotak-kotak laporan mengenai salahlaku para pemimpin, memakan masa berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun, tetapi semuanya ditolak ketepi tak disentuh langsung. Tetapi bila laporan salahlaku daripada pihak lawan diterima, secepat kilat laporan tersebut disiasat serta digemparkan di dalam media betapa ‘banyak bukti’ telah didapati yang ‘amat kukuh’ walhal belum lagi dibuktikan di mahkamah. Apakah SPRM mempunyai dua ‘Key Performance Index’? sikap ‘double standard’ SPRM inilah yang merosakkan nama suruhanjaya itu sendiri. Ingatlah bahawa kerja anda semua adalah amanah yang dibayar dengan hasil titik peluh rakyat, jangan tukarkan amanah tersebut dengan bara api neraka yang bahang membakar. Satu lagi kes UMNO memperkudakan PDRM ketika PRK di Kuala Terengganu yang menyaksikan kelibat polis teramai dalam sejarah dunia untuk satu pilihanraya kecil. Apakah tujuannya dengan menyediakan beribu-ribu anggota polis di KT? Adakah orang Terengganu makin ganas seperti kes di Batu Burok dahulu? Yang pasti, rakyat yagn ditembak, bukannya polis. Satu nasihat aku untuk PDRM, KPI anda teruk kerana banyak kes diselesaikan dengan menembak mati penjenayah atau suspek. Kematian adalah satu kegagalan buat anda walau pun semakin ramai penjenayah bermaharajalela, tetapi itu bukannya satu lesen untuk pihak polis untuk menyelesaikan kes dengan menembak mati mereka. (aku pun sebenarnya menyokong penjenayah ditembak mati, sekiranya mereka didapati berbahaya kepada masyarakat). Mungkin ini adalah satu bala kerana kita tidak melaksanakan Undang-undang Allah. Kita lebih selesa dengan undang-undang ciptaan manusia yang sebelum ini menjajah kita. ISA pun tidak selari dengan hukum Islam yang menitikberatkan keadilan untuk semua manusia tanpa mengira agama, bangsa atau darjat seseorang.

Keempat, media tv masih lagi menjadi tunggangan yang amat penting bagi para pemimpin untuk diperkudakan demi meneruskan ‘survival’ walau pun majoriti rakyat telah menyedari dan memandang jijik media tv yang tanpa berselindung memfitnah dan menghukum pihak yang tidak sehaluan dengan ‘tuan’ mereka. Pelbagai kemungkaran secara kolektif dilaksanakan seperti memainkan sentimen derhaka kepada Sultan, sentimen perkauman, salahguna kuasa dan sebagainya yang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Ingatlah, rakyat sudah tidak lagi ‘bingai’ untuk membezakan yang mana benar dan yang salah. Pelbagai sumber maklumat alternatif menjadi pilihan bagi mendapatkan maklumat yang benar dan lebih terperinci.

Kelima, majoriti pemimpin UMNO amat takut untuk berdebat. Setakat ini, aku ‘salute’ YB Khairy Jamaluddin kerana menunjukkan satu ciri-ciri yang wajib ada pada pemimpin berkaliber, iaitu menyertai perbahasan. Nasihat aku kepada para pemimpin UMNO yang lain, sila daftar nama anda dalam Wanita atau Puteri UMNO (atau jadi seperti YB Azalina, Wanita bukan, Puteri pun bukan), anda tidak layak menjadi pemimpin kerana takut menunjukkan kepetahan diri untuk melontarkan idea dan membincangkan isu dan topik semasa yang lebih relevan kepada masyarakat. Atau anda takut diketahui khalayak memang tidak layak untuk memimpin? Besar kemungkinannya itulah jawapan yang sebenar.

Keenam, sedar tak sedar, sistem pengangkutan awam di Malaysia (fokus kepada bas henti-henti) semakin parah berbanding sepuluh tahun dulu khususnya di Kuala Lumpur dan di Terengganu (tempat yang aku selalu pergi). Ada laluan bas yang tidak lagi mengikut ketetapan masa seperti yang diperakui oleh LPKP. Ada juga pengguna jalanraya yang menyalahgunakan laluan pengangkutan awam dan tidak memberi laluan kepada bas atau pun teksi. Apakah pandangan Menteri Pengangkutan tentang sistem Pengangkutan di Malaysia? Bilakah Terminal Bas di Pudu yang bakal menggantikan Puduraya akan siap sepenuhnya seperti yang dijanjikan? Adakah masih tidak cukup wang beratus juta yang telah dibelanjakan sebelum ini untuk meningkatkan sistem pengangkutan di Kuala Lumpur khususnya? Apakah pengguna pengangkutan awam sewajarnya dilayan seperti warga kelas kedua atau ketiga? Seeloknya ada satu siaran langsung daripada saluran TV swasta (jangan marah, TV1 dan TV2 masih lagi mengekalkan diri sebagai pilihan tercorot pengguna Malaysia yang tahu berfikir) mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia di mana Menteri Pengangkutan menjadi ahli panel. Sewajarnya menteri dapat menyelesaikan kemelut ini tanpa perlu menunggu dibuang oleh pengundi ketika PRU-13 seperti kisah ‘Uncle Samy’ yang sudah tidak relevan lagi.

Sebagai penutup, politik di Malaysia tak kunjung habis hangatnya kerana para pemimpin yang dilantik dan yang hilang jawatan (khususnya x-MB) masih lagi sibuk berpolitik daripada meneruskan tugas-tugas sebenar mereka berbakti kepada seluruh rakyat, bukan hanya kepada ahli parti atau pun kepada keluarga.

Speedometer

Powered By Blogger