Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Sunday, August 24, 2008

Malas Aku nak Citer......

Pada dua puluh sembilan haribulan sembilan dua ribu sembilan, ada sebuah negara yang dipimpin oleh Barisan Pakatan Rakyat dan semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas selepas parti utama yang mengamalkan sifat perkauman lagi mengamalkan rasuah telah tumbang pada tahun sebelumnya. Semua orang telah menjadi begitu rajin dan bersemangat tinggi untuk bekerja dengan penuh dedikasi. Hatta nak cari orang yang susah pun amatlah sukar walaupun seorang, apatah lagi satu keluarga ibarat mencari jarum di padang rumput yang amat luas, saujana mata memandang.

Oleh kerana sudah bosan menunggang kuda tak menang pingat mencari orang susah pada malam hari, jadi pada suatu hari yang sepi, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang paling malas dan hadiahnya yang agak lumayan, mengalahkan hadiah untuk Juara AF9 akan difikirkan kemudian.
Semasa perhimpunan yang ditetapkan, adalah seorang lelaki mengaku bahawa beliaulah manusia paling malas di negara ini.
Katanya, "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya, "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut, "kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, "Ek eleh, saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya, "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya seraya berkata, "saya adalah yang paling malas tuanku berbanding orang lain yang datang".
Raja pun bertanya, "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas".
Tanpa membuang masa, raja terus menampar budak itu. Tetapi malangnya budak itu cukup tangkas untuk mengelaknya. “Ternyata kamu tidak cukup malas lagi untuk menjadi orang paling malas dalam negara kita ni sebab kamu rajin pula mengelak”. Kata raja.
Lantas, budak itu berkata, “ kalau begitu atuk sayalah yang paling malas, datang ke perhimpunan ini pun dia malas, sebab dia malas nak jadi juara kerana malas nak berucap macam dia biasa dulu baca skrip yang ayah saya sediakan. Dulu dia malas letak jawatan walaupun rakyat dah tunjuk signal. Lepas tu dia malas nak mengaku dia pun masuk campur urusan BPR dan PDRM.
Raja pun bertanya, “siapakah nama datukmu itu?”
“Malas saya nak bagitahu, tuanku.” Kata budak tersebut. Tiba-tiba datanglah seorang mak cik yang dulunya menangis ketika PM sebelumnya ingin bersara memaklumkan kepada tuanku bahawa itu adalah cucu kepada bekas presiden parti perkauman yang dieja dalam Bahasa Inggeris, kononnya berjuang memartabatkan bangsa, bahasa, agama dan negara yang telah dibubarkan tahun lepas. Raja terkedu, teringat bahawa nyaris-nyaris negaranya tergadai kek negaro jiran akibat PM yang malas berfikir dan malas menggunakan akal untuk rakyatnya. Bahkan kerana malas berusaha sendiri, anak-beranak PM yang pemalas itu sanggup merompak harta- negara sendiri untuk memenuhi simpanan hari tua di neraka yang kekal abadi. Oleh kerana mereka malas untuk bersaing secara sihat dengan rakyat yang lain yang terlebih dahulu mengisi borang keahlian parti perkauman seperti tok imam muda yang asalnya menjadi jurunikah, tetapi menjadi bidan terjun ketika majlis sumpah yang amat pelik tahun lepas oleh seorang pemuda yang malas menamatkan pengajiannya kerana tidak berminat di samping tunang yang gilakan kasut ibarat isteri Ferdinand Marcos. Mungkin sumpah si tunang dapat membeli ribuan kasut untuk perempuan tersebut di samping menyambung pelajaran di bidang yang diminati tanpa perlu rajin belajar!
Berbalik kepada kisah tadi, mereka dengan malasnya sanggup mempergunakan bapak PM yang amat pemalas untuk berfikir untuk diri-sendiri dan tiada pepatah yang dicipta oleh manusia di dunia ini sehingga kini walau pun oleh Karam Singh dapat menggambarkan betapa peri kemalasan seorang PM yang pernah menjadi kepala negara di negara ini yang pernah menjadi sahabat Afdlin yang menjadi duta Harpic, beliau pula duta Mr. Clean.
“Oooh, macam tu rupanya, jadi, siapa namamu wahai budak?” tanya raja. Budak itu pun menjawab dengan penuh malas. bapak saya malas nak daftarkan nama saya kat JPN, sambil berbaring di kerusi malas yang dibawanya bersama.
Dah dah, malas dah aku nak sambung lagi....

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger