Nogori Sombilan...
Masak lomak cili padi
Daging salai lembu bali
Kuih rayo den semuo tak jadi
Apo yang ado semuo den boli
Selangor/KL
Wa tak sanggup ke KLCC raya ni
Ramai Myanmar dan Bangladeshi
Rambut wa kuning, muka cam serani
Wa lepak rumah wa order sushi
Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Anok tupei lompat kulukilor
Pandu cermat ingat kampong
Zakat kite jangan lupe bayor
Kedah
Pi Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan semperit
Hari Raya kedai tak bukaq
Baru nak raya tayar pancit
Penang
Nasi kandaq kedai mamaq
Anak mami juai pesemboq
Nasi dalcha mamu dok teriaq
Femes x cukup kawah kt dapoq
Perlis
Padang besaq kecik aja,
Awek cun ramai kat sini,
Tukar sofa dan tukar apa saja,
Abih raya pi gadai rantai bini.
Kelantan
Make ikke cicoh budu
Budu stail baru lado dicampur
Kelik rayo sudoh seminggu
Sekor toksir tulong mek di dapur
Terengganu
Anok mung kecing bela cachang
Ayoh pulok senyung pah linge
Ari raye mung hidang kacang
Kuih raye dana ehsang dok tau mane
Makang ikang dalang pinggang
Lekak tulang celoh tekok
Bulang pose mung jual lemang
Lepah raye mung jual akok
Pahang
Negeri Pahang ada kasino
MB koi samseng tiada ganti
Koi ulor tangan dia say no
Tobat tak undi PRU13 nanti
Johor
Pergi Singapore bersuke-ria
Barangnya mahal apa nak dikire
Syok betul nak sambut raye
Jangan dilupe sanak-saudare
Sabah
Rumah kecil pintu kalaut
Tampat orang mengasi diolah
Tubo kecil bagai diraut
Besitu tampat hati 'ku jila
Sarawak
Datang Syawal berakhirnya Ramadhan
Kamek tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap puasa sebulan
Puasa sehari kamek raya setahun
Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maokku tinggal terasa sayang
Kubu seratok di atas bukit
Berdekat dengan pokok manggis
Maluku ini bukan sedikit
ditangkap x puasa tunduk menangis
Anak raja turunlah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah
Last, but not LEAST:
Kalau tuan pergi ke SABAH
Belikan saya gambir SARAWAK
nak order lagi takut x munaSABAH
Lagi kek lapis dan tikar SARAWAK!
Masa berlalu, usia bertambah, ada diantara insan-insan yang kita sayangi telah kembali ke rahmatullah. Pagi lebaran disambut bersama dengan menziarahi pusara mereka sambil mengingat kenangan manis ketika bersama. Ada kalanya jiwa terasa kosong dan rindu sekali. Di kala ini semua insan pasti tersentuh, air mata pasti berlinangan.
Sempena Aidilfitri yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sudah lumrah manusia tidak terlepas dari kesilapan.
Bersalaman dan bermaafan, bertakbir di kemenangan kita melawan nafsu.
Itulah keindahan di hari lebaran.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subur industri judi di Malaysia
5 months ago
5 comments:
haha lawak2
Bro maap zahir batin.bila hang nak mai pekena nasik kandaq.
krim salam orang Ganu kite.
tahun depan kot, insya-Allah. Lepas pi Langkawi.
el isman ni mcm pernah dengar je? bukan geng uitm dulu?
mamu lah tu.....
try cek website dia...
Post a Comment