Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Sunday, November 23, 2008

Mansuhkan ISA demi Rakyat Malaysia


Dikutip dari danielYKL.com

Pada 14hb November 2008 bersamaan 15 Zulkaedah 1429,di Masjid Felda Keratong 4, Pahang, Ustaz Suhaimi Saad, Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang telah dijemput untuk menyampaikan khutbah Jumaat di sana. Khutbah beliau turut menyentuh tentang keadilan dalam Islam dan seterusnya menyentuh pasal ISA yang menyekat hak kebebasan dan keadilan untuk tahanan.
Tak disangka, JJ (bukan Johan Jaafar, tetapi JJ yang seorang lagi)pun turut ada di sana dan dikatakan mengamuk sakan dan memarahi tuan khatib kerana katanya mencampuri urusan politik dalam agama. Memang leceh perjuangan PAS yang berpaksikan Islam kerana apa sahaja yang diperjuangkan PAS, adalah berteraskan Islam. Maka apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti peraturan atau akta yang menyekat keadilan untuk setiap manusia daripada menikmatinya, maka setiap orang Islam wajib menentangnya kerana itu adalah tugas setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Walau pun nabi SAW ada menyatakan dunia adalah penjara bagi muslim, tetapi syurga buat non-muslim, tetapi ISA bukanlah salah satu akta yang sepatutnya dikenakan kepada setiap manusia yang berhak mendapatkan keadilan dan pembelaan walau pun dirinya bersalah.

Semalam, 9 orang ditangkap di Perhimpunan Mansuhkan ISA di dataran itu bermula kira-kira 9 malam yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.

Tujuh orang dari mereka ditahan ketika berkumpul di dataran tersebut dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk disoal-siasat manakala Mohamad Sabu dan Salahuddin ditahan ketika berada di dalam balai berkenaan ketika mahu berunding mengenai penahanan tujuh orang tersebut. Dengar kata, layanan polis kepada orang yang hadir, jauh lebih keras daripada penunjuk perasaan dari kalangan penternak babi dulu. Mungkin layanan ikut kaum kot. Huhuhuhu.

Sekarang Tok Mid 'ISA King' bising lagi pasal kod etika blogger yang menulis tanpa mengikuti kursus atau latihan, mungkin kursus BTN kot. Kalau kursus tu macam kursus kahwin, kena bayar sendiri, mungkin Dr Khir Toyo sahaja yang pergi. Hihihiihih.

Tok Mid kena buat ‘check and balance’ dulu dengan wartawan dan pengarang akhbar utama yang banyak memainkan sentimen perkauman, agama dan menyemai sikap ‘racist’ dalam rencana penulisan mereka. Mungkin wartawan itu sudah terlebih menghadiri kursus atau pun sudah terlebih cukup kod etika, maka mereka bebas untuk menulis apa sahaja. Dengar cerita, MB Pahang, Adnan Yaakob pun sudah mula menggunakan staf pencen untuk bertugas sebagai blogger untuk menjadi perisai kerajaan. Sepatutnya, MB tidak berkongsi dengan orang ramai strategi dia. Sudah jadi kurang syok pula!!

Berbalik kepada ISA, masih lagi ramai muslim yang menyokong ianya diamalkan di Malaysia. Aku hanya menasihati dari jauh.

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger