Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Wednesday, March 11, 2009

Pelbagai Isu Dalam Kepala Orang Tempatan Tatkala Kemelesetan Ekonomi Dunia

(majoriti pemimpin BN (UMNO) kata Malaysia tidak menghadapi kegawatan ekonomi)

Pertama, walau pun mungkin dah terlewat, tapi aku masih ingin menyentuh tentang isu ini, iaitu mengenai penggunaan perkataan Allah bagi orang kristian di Malaysia untuk tujuan penerbitan, khususnya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (kini dinamakan Bahasa Malaysia). Apakah motifnya? Adakah untuk memudahkan pengguna Bahasa Melayu di Malaysia memahaminya? Siapakah majoriti pengguna Bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu? Jika itu tujuannya, aku sependapat dgn YB Zulkifli Noordin, menentang 100%.

Bukan ingin memperkecilkan tahap keimanan orang Melayu Islam di Malaysia, tetapi hakikatnya kita menepati ramalan seumpama buih-buih di pantai. Semua kelemahan manusia amnya, dan kelemahan orang Islam khususnya ada pada diri kita Orang Melayu.
Agama Islam bukan milik orang Melayu, tetapi adalah milik Allah untuk semua makhluk Allah khususnya manusia. Tetapi jelas ketara objektifnya jika penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian dalam Bahasa Melayu iaitu bagi menjadi bahan bacaan orang Melayu. Takkanlah orang bukan Melayu ingin membaca kisah Kristian dalam Bahasa Melayu semata-mata untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu? Orang UMNO yang menyokong PPSMI mungkin boleh ditipu hidup-hidup dengan menggunakan alasan di atas. Bingai...

Kedua, isu PPSMI yang makin melarat mencengkam anak-anak Melayu, khususnya di luar bandar yang amat jelas ketinggalan dalam pencapaian beberapa subjek akibat kelemahan Kementerian ‘tertentu’ (pinjam perkataan popular pemimpin Malaysia) dalam mendengar keluhan ibubapa serta kegemaran membuat sesuatu keputusan secara semberono tanpa menganalisa baik-buruknya dalam jangkamasa pendek dan seterusnya jangkamasa yang panjang.

Selepas 7 tahun dilaksanakan, barulah beberapa NGO yang sepatutnya terlibat daripada awal berani untuk membuka mulut menegur tentang ketidakberkesanan sistem PPSMI, malah meminggirkan Bahasa Melayu. Walau pun agak terlambat, tetapi masih lagi relevan untuk memperbetulkan apa yang salah dalam mengembalikan kegemilangan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Perantaraan Utama. Jangan tunggu subjek Bahasa Melayu diajar dalam Bahasa Inggeris, baru mahu menunjukkan protes, itu nasi sudah menjadi basi namanya.

Ketiga, sebagai rakyat biasa yang berfikiran waras di Malaysia, sepatutnya kita dapat menghidu betapa SPRM diperkudakan untuk kepentingan politik pihak ‘tertentu’ yang berkepentingan untuk meneruskan kelansungan diri dalam dunia politik tanah air. Berkotak-kotak laporan mengenai salahlaku para pemimpin, memakan masa berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun, tetapi semuanya ditolak ketepi tak disentuh langsung. Tetapi bila laporan salahlaku daripada pihak lawan diterima, secepat kilat laporan tersebut disiasat serta digemparkan di dalam media betapa ‘banyak bukti’ telah didapati yang ‘amat kukuh’ walhal belum lagi dibuktikan di mahkamah. Apakah SPRM mempunyai dua ‘Key Performance Index’? sikap ‘double standard’ SPRM inilah yang merosakkan nama suruhanjaya itu sendiri. Ingatlah bahawa kerja anda semua adalah amanah yang dibayar dengan hasil titik peluh rakyat, jangan tukarkan amanah tersebut dengan bara api neraka yang bahang membakar. Satu lagi kes UMNO memperkudakan PDRM ketika PRK di Kuala Terengganu yang menyaksikan kelibat polis teramai dalam sejarah dunia untuk satu pilihanraya kecil. Apakah tujuannya dengan menyediakan beribu-ribu anggota polis di KT? Adakah orang Terengganu makin ganas seperti kes di Batu Burok dahulu? Yang pasti, rakyat yagn ditembak, bukannya polis. Satu nasihat aku untuk PDRM, KPI anda teruk kerana banyak kes diselesaikan dengan menembak mati penjenayah atau suspek. Kematian adalah satu kegagalan buat anda walau pun semakin ramai penjenayah bermaharajalela, tetapi itu bukannya satu lesen untuk pihak polis untuk menyelesaikan kes dengan menembak mati mereka. (aku pun sebenarnya menyokong penjenayah ditembak mati, sekiranya mereka didapati berbahaya kepada masyarakat). Mungkin ini adalah satu bala kerana kita tidak melaksanakan Undang-undang Allah. Kita lebih selesa dengan undang-undang ciptaan manusia yang sebelum ini menjajah kita. ISA pun tidak selari dengan hukum Islam yang menitikberatkan keadilan untuk semua manusia tanpa mengira agama, bangsa atau darjat seseorang.

Keempat, media tv masih lagi menjadi tunggangan yang amat penting bagi para pemimpin untuk diperkudakan demi meneruskan ‘survival’ walau pun majoriti rakyat telah menyedari dan memandang jijik media tv yang tanpa berselindung memfitnah dan menghukum pihak yang tidak sehaluan dengan ‘tuan’ mereka. Pelbagai kemungkaran secara kolektif dilaksanakan seperti memainkan sentimen derhaka kepada Sultan, sentimen perkauman, salahguna kuasa dan sebagainya yang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Ingatlah, rakyat sudah tidak lagi ‘bingai’ untuk membezakan yang mana benar dan yang salah. Pelbagai sumber maklumat alternatif menjadi pilihan bagi mendapatkan maklumat yang benar dan lebih terperinci.

Kelima, majoriti pemimpin UMNO amat takut untuk berdebat. Setakat ini, aku ‘salute’ YB Khairy Jamaluddin kerana menunjukkan satu ciri-ciri yang wajib ada pada pemimpin berkaliber, iaitu menyertai perbahasan. Nasihat aku kepada para pemimpin UMNO yang lain, sila daftar nama anda dalam Wanita atau Puteri UMNO (atau jadi seperti YB Azalina, Wanita bukan, Puteri pun bukan), anda tidak layak menjadi pemimpin kerana takut menunjukkan kepetahan diri untuk melontarkan idea dan membincangkan isu dan topik semasa yang lebih relevan kepada masyarakat. Atau anda takut diketahui khalayak memang tidak layak untuk memimpin? Besar kemungkinannya itulah jawapan yang sebenar.

Keenam, sedar tak sedar, sistem pengangkutan awam di Malaysia (fokus kepada bas henti-henti) semakin parah berbanding sepuluh tahun dulu khususnya di Kuala Lumpur dan di Terengganu (tempat yang aku selalu pergi). Ada laluan bas yang tidak lagi mengikut ketetapan masa seperti yang diperakui oleh LPKP. Ada juga pengguna jalanraya yang menyalahgunakan laluan pengangkutan awam dan tidak memberi laluan kepada bas atau pun teksi. Apakah pandangan Menteri Pengangkutan tentang sistem Pengangkutan di Malaysia? Bilakah Terminal Bas di Pudu yang bakal menggantikan Puduraya akan siap sepenuhnya seperti yang dijanjikan? Adakah masih tidak cukup wang beratus juta yang telah dibelanjakan sebelum ini untuk meningkatkan sistem pengangkutan di Kuala Lumpur khususnya? Apakah pengguna pengangkutan awam sewajarnya dilayan seperti warga kelas kedua atau ketiga? Seeloknya ada satu siaran langsung daripada saluran TV swasta (jangan marah, TV1 dan TV2 masih lagi mengekalkan diri sebagai pilihan tercorot pengguna Malaysia yang tahu berfikir) mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia di mana Menteri Pengangkutan menjadi ahli panel. Sewajarnya menteri dapat menyelesaikan kemelut ini tanpa perlu menunggu dibuang oleh pengundi ketika PRU-13 seperti kisah ‘Uncle Samy’ yang sudah tidak relevan lagi.

Sebagai penutup, politik di Malaysia tak kunjung habis hangatnya kerana para pemimpin yang dilantik dan yang hilang jawatan (khususnya x-MB) masih lagi sibuk berpolitik daripada meneruskan tugas-tugas sebenar mereka berbakti kepada seluruh rakyat, bukan hanya kepada ahli parti atau pun kepada keluarga.

2 comments:

Pakcik Botak said...

Nak buat mcm mana....kerajaan negeri pun dgr sgt cakap pengusaha bas biarpun bas dia org pun mcm reban ayam.... x sesuai utk bandaraya kuala terengganu...

Rela berbas buruk dari dikutuk orang.

Ahmadkmz said...

bas schedule ikut suke drebar, reliability dah takde....

hancuss.....


Speedometer

Powered By Blogger