Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Thursday, June 18, 2009

Sandiwara Versi Baru

Tersebutlah kisah di mana sahibul hikayat tak pernah menurunkan kisah ini dari satu generasi tok selampit ke generasi tok selampit yang lain demi menjaga rahsia agar sejarah silam tidak memalukan keturunan yang berkenaan. Terbongkarnya kisah ini pun adalah kerana aku dah tak tahan lagi menanggung sakit perut ini dan telah ke tandas dalam sepuluh minit yang lepas bagi meredakannya. Harap maaf jika kisah ini kurang atau sukar difahami kerana skrip asal telah diceritakan dalam bahasa dialek Negeri BSR – Bumbung Stadium Runtuh di mana dialihbahasakan ke bahasa percakapan Frank Ribery, kemudiannya barulah dialihbahasakan ke bahasa percakapan Steven Gerrard dan akhir sekali barulah ke bahasa Melayu. Asalnya cerita kelakar yang belum difilemkan, tetapi selepas alihabahasa yang berkali-kali ini, akhirnya cerita ini menjadi cerita serius yang seharusnya dibaca selepas perut diisi agar mudah dicerna sebelum proses penyahtinjaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelihatan empat belas penasihat duduk mengelilingi Prime Menteri BBM-Bijan Bibir Merah untuk memikirkan bagaimanakah caranya agar kekuatan pihak yang suka mencari salah kerajaan berkurangan. Pertambahan kekuatan pihak yang suka mencari salah ini menggentarkan mereka yang suka makan wang hasil politik wang dan komisyen haram. Daripada kajian yang telah dibuat oleh beberapa penasihat dan juga parti komponen menunjukkan peratusan sokongan rakyat semakin pudar, bak pudarnya warna orkid Catasetum barbatum dari hari ke hari.

Akhirnya ada seorang penasihat mengangkat tangan sambil menekup ketiak kerana sudah beberapa hari deodoran batu tawasnya yang dibeli di Kosway jatuh pecah berderai di lantai bilik mandinya, agar tidak dikesan oleh hidung Prime Menteri. “Saya rasa, rakyat sudah tidak lagi dapat ditipu dengan mainan media cara lama begini lagi, Datuk. Kita kena pusing 180 darjah pulak”. Prime Menteri tersentak dan terus bertanya, “Howie Do it?”

Penasihat itu adalah wakil rakyat bagi pendatang haram mahu pun halal di bandaraya kerana bukan warga negara yang memilihnya sebagai wakil mereka, tetapi dirinya dipilih oleh Prime Menteri BBM kerana otaknya yang bergeliga walau pun mempunyai tengkorak yagn kecil sahaja. Beliau meneruskan lagi ceritanya dengan para penasihat lain dan Prime Menteri terus menunjukkan muka yang penuh minat bak muka kanak2 yang dijanjikan makan keropok dan Coconut Shake di petang hari di tepi pantai. “Sebelum ini, kita selalu menyekat ‘pihak tertentu’ daripada menyalurkan suara mereka menggunakan media kita. Selalunya kita siarkan muka mereka setengah minit dalam berita di tv, tapi kita belitkan ucapan mereka. Rakyat menjadi semakin muak kerana mereka merasakan mereka ditipu (memang tipu pun) lalu mencari saluran berita alternatif seperti laman berita dalam internet dan laman blog serta rantaian emel. Tiba2 mencelah seorang penasihat daripada Negeri BSR (BSR- bukan Beringin Sebatang Rendang, tetapi Bumbung Stadium Runtuh). Apa kata kita bukak laman sesarang dan menghadiahkan pelawat dengan duit setiap klik bagi menjana pendapatan? Prime Menteri terus menyuruhnya diam sambil mengeluh, memang patut aku ambik sorang je jadi Menteri Kabinet dari Negeri BSR, boleh jugak teman mandi buih, yang lain semua bengap, termasuklah kau, wahai tuan penasihat. Tak jadi aku nak naikkan ko jadi MB. “sila sambung kembali idea bernasmu itu, wahai penasihat”, tegas Prime Menteri BBM sambil menyekeh kepala penasihat BSR tanpa belas kasihan.

Apa kata kita arahkan media agar mewawancara para pemimpin PEACE (baca PIS) setiap hari dan jadikan ianya seperti sessi gosip 2 orang artis@pengacara popular yang pantang dicabar? Yang sorang ni kita tanya lain, kita ulas lain, dan satu pihak lagi pun kita pusing jugak. Pada masa yang sama, Prime Menteri digambarkan sebagai seorang yang penuh hemah, jujur, setia, peramah, lemah-lembut, sembahyang tak tinggal, suka senyum, berdisiplin, mematuhi masa, penyayang, penyabar, tulus ikhlas, amanah, rendah diri, bersangka baik dan beretika.

Para penyokong mereka yang sebelum ni beria-ia kononnya nak memboikot akhbar kita yang penuh iklan judi tikam ekor tu, akan terpedaya dengan siaran harian wajah dan ucapan pemimpin idola mereka, seterusnya dapatlah kita memutarkan kepala mereka mengikut acuan kita sendiri. Seorang penasihat mencelah, aku sangsi yang mereka ini akan termakan umpan sebegini. Si penasihat pelontar idea terus menjawab, 100% saya yakin, sebab mereka ni dah lama mengidam nak tengok idola mereka keluar di tv, tak kiralah mereka dipergunakan atau tidak, janji keluar tv. Muahahhahahahah – LOL mereka beramai-ramai. Mencelah lagi penasihat dari Negeri BSR, “kita boleh menang tak PRK terbaru ni?” tiba2 saja mood Prime Menteri berubah kembali sambil berkata,” Terburai jugak kita di sana”. Tiba2 sahaja suasana yang ceria bertukar menjadi pudar ibarat bunga Catasetum barbetum. So, siapa lagi ada idea untuk PRK terbaru? Pertanyaan terakhir sebelum mereka semua senyap ibarat sedang bertafakur di National Monument pada Hari Kebangsaan nanti, korang tunggulah tak caya.

Harus diingat kisah ini tiada kena-mengena dengan yang telah hidup dan masih mati.

Hanya sandiwara bersama Singe.

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger