- Menteri pergi tempat mengundi atas kapasiti jawatan dalam parti atau atas kapasiti jawatan menteri. kalau atas jawatan menteri, SPRM check tak Klem Mailej dorg. Bapak menteri kene tahu bezakan urusan parti dan kerajaan.
- Rumah RM25 juta, tapi gaji RM20k. Dapat loteri ke atau warisan mak bapak buat rumah tu?
- Fatwa iklan tikam ekor dalam akhbar milik orang Islam. Bila nak keluar nih?
- Wartawan tak kenal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.
- Wartawan tak tahu bahasa Inggeris, tapi malu nak belek kamus.
- Ada orang naik kapal terbang percuma. Takde orang nak siasat ke?
- Dalam media utama, Pakatan Rakyat je yang penuh dengan masalah, BN sempurna dari segala segi.
- Setiap perhimpunan dan demo, peserta beratuss ribu tidak ditemuramah oleh media massa. Kenapa dan Mengapa?
- Saham BERNAS pun kena jual. Nasi dah tak jadi makanan utama rakyat Malaysia ke?
- Ada ADUN kes rasuah boleh dijamin hari Jumaat di Terengganu. Ada kawan tu (baca rakyat biasa) terpaksa tidur lokap sebab hari cuti.
Say no to PPSMI
Showing posts with label Panduan dan Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Panduan dan Peringatan. Show all posts
Saturday, August 15, 2009
Kemahiran Berfikir Percuma
Labels:
Panduan dan Peringatan
Sunday, June 28, 2009
Panduan dan Peringatan untuk Blogger
Asal daripada: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=644
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Gambar Piramid Sudan - takde kena-mengena
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Di sini saya cuba perturunkan sedikit panduan untuk pemberita dan penulis di laman ini supaya kita menulis dengan dipandu oleh rasa taqwa kepada Allah dan bukannya menurut hawa nafsu kita semata-mata.
Bagi kita dan mereka yang tidak mengikuti pembelajaran Islam secara formal ini, seringkalinya saya ulangi sekali lagi seringkali kita terbabas dan tidak mampu untuk membezakan sesuatu itu antara syariat Allah dan nafsu kita sendiri, walaupun kita mendakwa bahawa itu adalah syariat.
Ikutilah panduan yang dikemukakan oleh Ustaz Mustafa Masyhur selaku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.
Pemberita Muslim Contoh.
- Yang dikehendaki dengan pemberita muslim contoh ini ialah mereka yang mahir dalam kerjanya dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil berat dengan berita yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditokok-tambah atau diubah dari keadaan yang sebenar. Analisanya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberi gambaran yang sebenar dan jauh dari mencaci dan menyakiti orang lain.
- Ianya hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan yang tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak bermujamalah atau takut.
- Hendaklah ia bertimbangrasa ; bagi yang berbuat baik, hendaklah dikatakan kepadanya baik, dan yang berbuat jahat hendaklah dikatakan jahat dengan bahasa yang lembut dan dapat diterima olehnya.
- Jangan menggunakan bahasa yang mendekatkan diri dengan orang yang berkuasa dan jangan juga menggunakan bahasa yang mempengaruhi atau berbentuk ancaman.
- Pemberita hendaklah bijak menghubungkan isu-isu dan berita yang ditulis dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan , berperanan di setiap tempat, mengarah, menghukum dan menyelesaikannya.
- Ia hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapi, bersama-sama dengan perasaan mereka, dan bekerjasama di dalam menyelesaikan masalah masyarakat secara Islam dengan orang yang ahli dalam bidang itu.
- Ia hendaklah sedar tentang apa yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam dan talibarut mereka yang menentang Islam dan gerakan Islam. Ia hendaklah membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara yang baik.
Sementara itu dalam bab Penulisan pula Ustaz Mustafa Masyhur menghidangkan kepada kita seperti berikut:
Penulis Muslim Contoh .
- Hendaklah bijak di dalam memilih tajuk yang sesuai di dalam dakwah, menghuraikan tajuk tersebut dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia serta boleh memberi kesan yang dikehendaki.
- Yang dikehendaki penulis Muslim contoh ialah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh daripada penyelewengan dan salah faham. Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan ditanggungnya jika para pembaca terpengaruh dengan tulisan yang salah itu.
- Penulis Muslim yang mempunyai bakat di dalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanfaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan Islam ini diharapkan tidak ada ruang di dalam bidang penulisan atau sebaran am ini yang tidak dimanfaatkan dan diambil faedah darinya itu.
- Cerpenis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesannya.
- Penyair/ karyawan Muslim contoh yang memberikan sumbangan melalui karyanya di dalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid/sajak yang menimbulkan semangat berjuang di kalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana nasyid/ sajak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.

Semoga dengan sedikit peringatan yang dikutip dari Ustaz Mustafa Masyhur ini dapatlah kiranya untuk penulis di laman ini menjadikan sebagai asas panduan di dalam menulis.
Labels:
Panduan dan Peringatan
Subscribe to:
Posts (Atom)




