Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Saturday, July 19, 2008

PEMIMPIN UMNO TIDAK IKUT STANDARD DBP

"(KENA TAIP EJAAN BETUL-BETUL. NANTI AYAH AKU BACA, DIA MARAH PULA)

MUKADDIMAH
Hairan betullah saya dengan orang yang masih menyokong BN, tidak mengira orang dari negeri mana, daerah, sungai, kampung mana, suku mana pun, mereka tidak dapat tidak lari daripada realiti bahawa mereka sebenarnya tidak dapat membezakan pelbagai maksud beberapa perkataan tertentu (macam pembaca dan pemimpin BN pula, pihak tertentu, orang-orang tertentu....dan sebagainya)

Pertama, mereka tidak dapat membezakan antara dua perkataan yang agak tidak boleh dikatakan sama, kerana ada perbuatan halal dan haram dalam situasi dan keadaan bila mana berlakunya proses pemberian ini.Perkataaan tersebut adalah ‘HADIAH’ dan juga ‘RASUAH’.

Pada pendapat dan pandangan tulus mereka, HADIAH (daripada Pak Lah) bermaksud ‘KENAIKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA DAN SETERUSNYA HARGA BARANG RUNCIT TURUT MENINGKAT’.

Manakala RASUAH pula memberikan maksud ‘PEMBERIAN AIR PERCUMA DAN APA JUA BENTUK MATERIAL DAN WANG RINGGIT UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE IPTA OLEH PAKATAN RAKYAT’.

Seterusnya, POLITIK WANG pula mereka definasikan sebagai ‘MEMBERI DUIT SECARA PENUH IKHLAS KEPADA ORANG YANG BERKEPENTINGAN UNTUK MENGUNDI MEREKA ATAU MENYOKONG CADANGAN MEREKA AGAR MEREKA MENDAPAT MANFAAT PADA KEMUDIAN HARI’.

Akhir kata, saya terpaksa merujuk kamus Dewan yang telah lama saya tinggalkan di dalam gobok buruk di tepi TV untuk memberi pemahaman yang lebih sesuai dan benar maksudnya. Lebih elok lagi sekiranya para pembaca yang budiman dapat membantu untuk menyedarkan mereka agar tidak lagi salah mendefinasikan sesuatu perkataan tanpa merujuk orang yang lebih pandai daripada mereka.

(p/s:saya sudah mulai tidak percaya kamus keluaran DBP yang baru, takut-takut pemimpin BN sudah mengubahnya!) "

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger