Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Saturday, July 19, 2008

Penyokong PR yang Jahil - Syok Sendiri

Oleh : chekamala

Congrats di atas Sokongan 100% - Pok Loh

Terima kasih di atas perbuatan kamu semua.

Terimalah hadiah dari BN yang tak sepertinya untuk para penyokong.
Tidak lupa juga kepada para pengundi berdaftar dan x berdaftar yg tidak keluar mengundi pada PRU12 yang lepas. Sokongan anda amatlah penting bagi kami untuk meneruskan agenda demi anda dan generasi akan datang.

Kami memahami masalah anda, tapi demi kami yang kurang bijak merancang untuk anda, (bak kata Mahfuz dalam Hujah di TV9 yang lepas) tapi bijak untuk kroni, anda haruslah berkorban. Susu tepung anak tu patut diharamkan daripada senarai barang keperluan anda. Susu ibu lagi bagus, kalau takde, pakai je susu tin isian pekat manis atau susu cair, kan ke lebih murah dan jimat. Jangan pula berhenti hisap rokok. Sebab ianya memberi pulangan yang lumayan kepada kerajaan.


Harus diingat, bahawa kenaikan HARGA BARANG adalah bala khusu buat penyokong Pakatan Rakyat kerana merasa mereka bijak mengundi selain BN. Mereka tidak mengetahui kita bukannya negara kaya, yang kaya adalah pemimpin BN dan kroninya sahaja.

Kita sudah lama dimanjakan dengan subsidi yang saya dan kroni sendiri tak pernah rasa. Jadi, anda pun sepatutnya tak merasa juga. Hargailah sumber alam dan berjimatlah ketika menggunakannya ibarat isteri kesayangan anda.

Penyokong PR memang kurang bijak sebab tidak memahami beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Syabas buat anda yang begitu peka dan memahami bahawa KERAjaan amat memerlukan pengurangan subsidi minyak untuk membuat projek untuk kegunaan rakyat (mengambil gambar sahaja) contohnya projek masjid kristal di Pulau Duyung,Terengganu. Kalau tiada projek tersebut, kamu ingat dapat ke ambik gambar kat sana? Itu adalah sumbangan duit minyak. Jangan tanya siapa yang dapat laba besar atas projek tersebut, sedangkan anda sendiri yang saya lihat terkangkang-kangkang ambik gambar 2 minggu lepas masa cuti sekolah. Jangan terpedaya dengan Pakatan Syok Sendiri. Kalau mereka pun, tentu baham duit jugak. Tak semestinya Khairi, Petrik 'SpongeBob' Badawi ngan Derih Natang je yang untung.

Penyokong PR bukan tahu apa, maklumlah mereka tidak mengikuti perkembangan semasa kerana tidak membaca media utama seperti Mangga, Remaja, Utusan Meloya dan Berita Hairan. mereka lebih sibuk berforum dalam laman blog, tapi jangan anda risau, ramai askar upahan BN sekarang untuk mengubah mereka. Macam mana otak mereka nak berkembang. Tengok dah ada tajuk forum hari ni menyatakan otak Pok Loh paling di tunggu untuk disimpan, ianya adalah salah satu kebanggaan negara. Jika ianya benar!

Pengangkutan Awam perlu dinaiktaraf. Itulah sepatutnya duit subsidi patut disalurkan. Walaupun sudah berpuluh tahun dicanang Pengangkutan Awam ,sejak dua-tiga Menteri Pengangkutan bertukar, belum nampak lagi kesannya. Mungkin kerana mereka memang tidak boleh diharap. Itu salah mereka. Saya berjanji selepas ini ianya akan diteliti kembali sebagaiman saya meneliti kes-kes yang lepas. Contohnya Hentian Puduraya yang baru (sebelah je yang lama). Anda harus faham, BN perlu meneliti secara mendalam dan mengambil masa yang lama, kemungkinan 20-30 tahun, (tidak seperti kes PR memerintah di Selangor, 100 hari pun dah bising) kesannya kepada kroni jika Hentian itu dibina. Kita juga sedang mengkaji lumut-lumut yang tumbuh pada tiang konkrit di sana sama ada boleh dijadikan industri kecil bagi rakyat yang baru dapat lesen meniaga. Diharap semua orang jadi peniaga selepas ini. Kalau ada orang lain letak harga mahal, anda pun boleh letak harga mahal. Khususnya kepada penyokong PR. Biar padan muka mereka yang perasan bijak dan pandai.

Memang bodoh pemimpin PR dan penyokong mereka. Kenapa tidak faham-faham sebagaimana penyokong fanatik BN yang lain bahawa KERAjaan terpaksa melakukan itu semua. Ingat kami seronok ke menaikkan harga minyak. Cuba lihat Isnin 23hb lepas, Ahli Parlimen BN semua menyokong usul Kenaikan Harga Minyak dengan berlinangan air mata. Ahli Parlimen PR yang 78 orang sahaja yang tidak faham kesengsaraan yang kami tanggung. Ada jugak yang buat tidak paham dengan menaiki basikal ke parlimen. Ingat ini Belanda ke? Jangan tiru perangai Belanda. Belanda dah kalah bola. Sokonglah pasukan yang bakal menang. Jerman, Russia atau Sepanyol.

Bukan susah nak berjimat, walaupun saya tidak pernah mengamalkannya, tapi saya tahu caranya. Saya beritahu kepada anda, jangan lagi beli ayam yang harganya sudah naik RM8. Makan je katak sawah tangkap sendiri macam yang disiarkan Majalah 3 pada malam 21hb lepas. Lagi sedap pada ayam!Siput babi pun sedap kata orang dalam siri Bersamamu TV3. Kelapa sawit pun sedap bila dibakar dan dimakan panas-panas. Ikan pula boleh ditangkap sendiri, Sungai Klang pun banyak ikan, saya pernah melihat orang menjala di tepi longkang di tepi Sogo. Saya memanglah tak makan ini semua, tapi saya cadangkan untuk anda yang kurang berduit tu. Itulah sumbangan saya kepada anda, cadangan demi cadangan yang tidak masuk dek akal tapi dapat dilaksanakan jika anda pengundi dan penyokong BN.

Sekarang kita kena berubah ikut perubahan dunia. Kita ubah yang menguntungkan KERAjaan sahajalah. Untuk rakyat, susah sebab selagi ada penyokong PR, selagi itulah kita terpaksa berubah ke arah kebaikan bersama.

Akhir kata, pastikan anda memasang stiker kereta Kami Sayang Pok Loh pada kereta anda supaya dapat kita bezakan mana satu yang jahil, dan mana satu yang bijak memilih!

Sekian,

Bekerja Bersama Saya, Bukan Macam Saya.

Pok Loh!
Bapa Mertua Khairi.

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger