Sudah lama saya tidak menonton berita di TV3. tetapi semalam, terdetik untuk menontonnya kerana ingin melihat jika ada perbezaan dengan siaran lima bulan yang lepas. Namun, itu hanyalah imaginasi sahaja yang mungkin akan terlaksana selepas 16hb September 2008.
Semakin sakit hati bila menonton berita di televisyen utama Malaysia, khususnya TV3 kerana banyak memberi ulasan yang kurang wajar dan berat sebelah seperti biasa demi untuk memburukkan manusia yang tidak sealiran dengan kehendak dan ideologi mereka dan pinjam kata Pak Lah, ‘Pihak Tertentu’. Dulu, orang yang biasa menjadi sasaran tidak lain dan tidak bukan adalah Presiden PAS, TGHA dan Mursyidul Am PAS, TGNA. Tetapi sekarang, ruang lingkup pasaran mereka sudah terlampau ramai, hinggakan penyokong fanatik sendiri kadang-kala menjadi mangsa sasaran panah massa. Kehilangan fokus akibat terlampau banyak sasaran menjadikan mereka hilang rasional dan pertimbangan malahan menjadi semakin kalut. Ketakutan dan mimpi ngeri menjadi sebahagian sahabat tidur mereka selepas PRU12. ini tidak lain dan tidak bukan akibat perbuatan dan onar mereka sendiri yang merosakkan amanah rakyat yang diberikan sementara oleh Allah. Tetapi, mereka masih belum puas untuk kekal di puncak kuasa dan tunggangan yang kukuh pasti dapat lagi digunakan sehingga hari-hari terakhir hayat di puncak kuasa.
Kelihatan seperti media tunggangan masih lagi belum sedar perihal ketidak-adilan yang mereka lakukan. Atau pun mereka masih lagi belum dibebaskan sepenuhnya seperti janji Menteri Penerangan malaysia. Walhal mungkir janji adalah ciri-ciri manusia yang munafik. Semoga kita dijauhi daripada mempunyai sifat-sifat tersebut. Mungkin juga dengan memberikan khabar yang enak dibisikkan ke telinga tuan mereka, maka dapatlah mereka habuan yang tak terhingga. Kalau melawan, pasti hilang jawatan, kuasa dan populariti.
Memang tidak dapat dinafikan ramai rakyat masih lagi tertipu dan terlena dengan agenda ‘pihak tertentu’ ini dan majoritinya adalah melayu kerana seperti sikap ambil mudah dan mudah percaya kepada apa yang mereka tonton di televisyen. Apa sahaja yang keluar daripada berita adalah 100% benar. Pada pandangan saya, oleh sebab inilah UMNO masih lagi dapat menambat hati orang melayu dan bukan disebabkan oleh faktor lain. Peranan media memainkan pelbagai isu sensitif seperti perkauman dan agama untuk mewujudkan sentimen sementara di dalam kawalan tangan ‘pihak tertentu’ demi menutup kebobrokan mereka. Media masih agi memainkan peranan mereka secara efisyen dan efektif. Tetapi, malangnya penonton dan penyokong setia yang masih ada sedikit akal dapat menghidu permainan kotor mereka yang telah lama diimplementasikan lantaran wujudnya media alternatif yang memberikan maklumat secara lebih mendalam walau pun belum tentu tepat. Tetapi, maklumat yang bercanggah atau tidak selari dengan media massa utama akan mewujudkan kekeliruan yang memerlukan penonton mula menggunakan akal mereka lantas mencetuskan fenomena baru sel-sel otak yang membina jaringan sesama mereka ibarat iklan susu tepung bayi. Semangat ingin tahu dan dahagakan kebenaran inilah yang menimbulkan semangat untuk mencari alternatif baru untuk berita.
Tanpa perhambaan media yang begitu setia diperkudakan, sudah tentu BN telah berkubur PRU-12 yang lepas dengan pelbagai kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan pelbagai kedurjanaan merosakkan negara dengan rasuah, pembaziran harta negara, dan pelbagai lagi yang tidak satu pun dirungkai oleh media yang sepatutnya menjadi mata dan telinga untuk rakyat.
Demi untuk mengekalkan kuasa, apa sahaja tindakan akan diambil dan matlamat ini akan menghalalkan segala cara mereka dan ISA adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk menggentarkan hati ramai orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Semoga dapatlah Malaysia dibebaskan daripada tangan-tangan pemimpin dan tangan-tangan hantu yang pakar memainkan peranan jahat untuk melampiaskan nafsu serakah masing-masing menjahanamkan negara.
Semoga dapatlah disuburkan kembali kuasa rakyat, Kerajaan untuk Rakyat, oleh Rakyat.
Amin.............
Subur industri judi di Malaysia
5 months ago
1 comment:
x payah tengok tv3...paling teruk pun kalau nak tgklah berita ntv 7 edisi 7 atau mandarin 7.
Post a Comment