Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Wednesday, October 22, 2008

LELUCON Pemimpin MALAYSIA

Lawak Glokal 1
Bakal DATUK, Shah Rukh Khan yang khabarnya akan datang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) dengan berlakon hanya dalam satu filem (1, 2 ka 4 kalau tak salah) yang tidak diketahui siapa punya idea membuat 2-3 babak di Malaysia, penerbit, mahupun pengarah filem tersebut. Bagi aku, hebatnya SRK ni, bukan saja sebab dia pandai berlakon, tetapi tidak segan silu mengaku dia hanya sembahyang sekali sahaja seumur hidupnya, itu pun ketika ibunya sedang tenat. Macam kisah biasa dalam filem Bollywood yang aku tonton dulu masa kecil, hero atau heroin mengugut dewa mereka jika tidak menyembuhkan kekasih hati mereka, maka.....(Kamu fikirlah sendiri apa mereka nak buat selepas itu)
Photobucket
CHEKAMALA: Aku sudah putus harapan dengan pemimpin Malaysia, khususnya para pemimpin UMNO, yang suka sangat menonjolkan taraf pemikiran mereka yang memang agak dangkal bila membuat sesuatu keputusan. Gelaran Datuk di Malaysia ni pun dah ramai yang dapat. Mungkin sudah tiada lagi rakyat tempatan, khususnya anak-anak seni yang setaraf dengan SRK dalam mempromosi Melaka. Mungkin lepas ni SRK dapat jadi warganegara Malaysia atau bumiputera Melaka. Siapa tahu? Tambah popularlah Melaka di mata dunia.

Lawak Glokal 2
Barisan Bertindak Gombak yang dinaungi oleh UMNO telah melancarkan kempen menandatangani sokongan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikekalkan. Penasihatnya menyatakan ISA yang merupakan asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan tidak sepatutnya dihapuskan. "Kami akan pastikan akta ini terus dikekalkan dan dalam tempoh sebulan ini, kami akan dapatkan seberapa banyak tandatangan daripada rakyat Malaysia untuk meraih sokongan supaya akta ini dikekalkan. Seterusnya, banner dan buku tandatangan ini akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar," katanya.
Photobucket
CHEKAMALA: Entah siapalah yang akan tandatangan selain penyokong UMNO yang katanya Husin Lempoyang SETIA KA(t)WAN(g). Aku nak tunggu dan tengok berapa ramai yang tandatangan. Mungkin lepas ni giliran diri mereka atau sanak-saudara mereka pula jadi penghuni tetap kem tahanan ISA. Insya Allah. Barulah mereka tahu nikmat dipenjara tanpa diadili mengikut hukum yang sudah ada dalam Manual kita yang dibekalkan Allah.

Lawak Glokal 3
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim nampaknya terus bimbang dengan politik wang yang sudah menjadi akar budaya parti itu. Terkini, Datuk Seri Rais secara sinis 'mencadangkan' supaya pemilihan jawatan-jawatan dalam UMNO dijalankan secara tender. Kata Rais, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Depakata.blogspot, kalau cadangan sinis Rais itu diterima-pakai pun, belum tentu UMNO selamat daripada politik wang. Nanti akan ada la pula puak yang dok nak 'beli' jawatankuasa pemilihan tender untuk memastikan 'tender'nya menang walaupun harga yang dia masuk mungkin rendah.

Masalahnya sekarang bukanlah duit, bukan juga cara, tetapi cara berpolitik kebanyakan ahli UMNO yang dah jauh terpesong...

Mari lihat pula kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang memberitahu bahawa badan itu menerima banyak aduan politik wang sepanjang mesyuarat cawangan parti tersebut baru-baru ini. Katanya, sehingga kini, sebanyak 521 aduan direkodkan di mana 116 telah disiasat, manakala 54 kes pula sedang disiasat yang kebanyakannya kerana politik wang.

AMARAN : Politik wang adalah rasuah. Ia adalah haram di sisi Islam. (sedikit sumber daripada peguampas.blogspot.com)

CHEKAMALA: Kelakarlah, sudah haram pun, masih lagi setia menyokong. (nasihat ini untuk Melayu tulen dan campuran tak kira berapa persen melayunya yang beragama ISLAM sahaja)

Lawak Glokal 4
DBKL diminta perjelas sebab tukar nama jalan - Pemuda MCA akan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur meminta penjelasan berhubung pertukaran nama Jalan Alor dan beberapa nama jalan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Ketuanya Dr Wee Ka Siong yang mewakili penduduk di sekitar kawasan terbabit yang terdiri daripada peniaga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan Jalan Alor yang sudah dikenali dan masyhur di kalangan pelancong luar dan dalam negara. Katanya tindakan DBKL itu adalah tidak wajar kerana nama-nama jalan berkenaan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.

CHEKAMALA: Sudah-sudahlah buat keputusan peperiksaan awal tahun Darjah 4 Anggerik wahai DBKL. Baik bagi nasihat supaya ubah nama kampung yang menggambarkan penduduk ibarat orang jahiliyah, contohnya kampung yang ada nama berhala tu.

Lawak Glokal 5
Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta. Jumlah keseluruhan adalah 12 buah.
Photobucket
CHEKAMALA: 'The most value for money', orang cakap. Entah apa beza sampai harga melebihi dua kali ganda pun aku tak tahu. Mungkin dah dihantar setiap buah untuk diubahsuai ke dalam siri Pimp My Ride. Mungkin dipasang PS3 dalam setiap Helikopter, pasang spoiler, tv plasma 42’, 'taruk' rim besar sedikit daripada keluaran 'standard' kilang, krom jejari 3 bintang. Letaklah semua tu, tetap tak sampai 1 juta lebih...hahahahha.....ni aku yang cakap.

Lawak Glokal 6
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, "Tindakan Teresa yang mengambil tindakan kepada Utusan Malaysia sama seperti dia menyaman Agama Islam." Katanya semasa Pelancaran TABUNG AZAN di muka surat depan akhbar Utusan Malaysia 13 Oktober lepas.

CHEKAMALA: Betul ke Utusan Melayu ni sudah sama taraf dengan Agama Islam? Tak habis-habis org UMNO buat lawak bulan ni.

Lawak Glokal 7
18hb Okt - Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah. Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Anti Rusuhan untuk mententeramkan keadaan. - BERNAMA

CHEKAMALA: Pergi mesyuarat bahagian pun kena ada FRU....sudah tahap 'barbarian' dah orang UMNO ni....apa, semua nak jadi Conan ke? kuikuikui

Lawak Glokal 8
Tan Sri Zaki Azmi - Peguam UMNO kahwin no. 2 di Siam (tak percaya kat Menteri Nikah Kahwin Malaysia ke?) jadi Ketua Hakim Negara. Peguam pertama disyor Pak Lah jadi Hakim. tak habis lagi isu dia diangkat jadi Hakim Mahkamah Rayuan tidak sampai setahun oleh Pak Lah, Bapa Mertua KJ. Sekarang dah naik lagi....

CHEKAMALA: Lepas ni, kalau kita ada kes masuk 'Courts Mammoth', jangan pula kita cop kat dahi, "AHLI UMNO"...kuikuikui.....rugi tak daftar masuk UMNO dulu.

Lawak Glokal 9
Di Parlimen 16hb Oktober lepas, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS Titiwangsa YB Dr Lo’lo Dato Ghazali yang bertanyakan mengapa pondok polis di Lorong Haji Taib ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja. Semua pihak mengakui dan menyedari akan masalah jenayah dan sosial yang menjadi-jadi di kawasan berkenaan, tiba-tiba pondok polisnya ditutup!

Lalu jawab Syed Hamid dengan penuh keyakinan ianya ditutup kerana kehadiran penjenayah mengakibatkan keselamatan pihak polis tidak lagi terjamin. (sila rujuk laporan The Star di 'http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/17/parliament/2300354&sec=parliament'
Masuk akalkah jawapan ini? Tambah Syed Hamid pondok polis itu terletak di kawasan yang kotor di mana dibimbangi boleh mengakibatkan anggota yang bertugas dihinggapi penyakit berbahaya. Soalan Dr Lo’lo ini tidak sempat dibincangkan dalam dewan sehinggalah ahli parlimen PAS Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli membangkitkannya semasa perbahasan belanjawan oleh ahli parlimen Gombak, YB Azmin Ali.

Bagi saya jawaban menteri berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab. Jika tempat itu kotor sebagaimana dakwa beliau maka DBKL ternyata tidak menjalankan tugas mereka, apa peranan Kementerian Kesihatan, apa peranan Kementerian Wilayah Persekutuan, tidakkah kawasan ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur?!

Jawapan menteri berkenaan menghina para peniaga di sana yang menjalankan aktiviti halal (yang tidak terlibat dengan aktiviti persundalan) seperti kedai-kedai makan, pemborong buah-buahan, pemborong kain dan peralatan serta kelengkapan, malah Pejabat Khidmat Masyarakat pemimpin MCA, Dr. Lee CHong Meng juga terletak di situ.

Dan dalam bab keselamatan sekali lagi saya menyatakan menteri berkenaan memang tidak bertanggungjawab. Jika benar kawasan berkenaan berisiko tinggi dan merupakan pusat tumpuan para penjenayah, bagaimana pihak polis boleh melesenkan sebuah kedai senjata api untuk beroperasi di tengah-tengah Lorong Hj Taib. Syarikat berkenaan yang membekalkan senjata api dan peluru telah berada di situ berpuluhan tahun lamanya. Tidakkah ia juga patut ditutup dan dipindahkan, begitu juga dengan bank-bank, kedai-kedai emas dan seumpamanya.

Saya bersetuju dengan Dr Hatta bahawa jawapan menteri ini sungguh tidak bertanggungjawab dan kalau kita lihat penjelasan Ketua Polis Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Sabtu Osman, seolah ia bercanggah pula. Kata CPO KL (sebagaimana dilaporkan The Star) pondok itu tidak ditutup tetapi dipindahkan ke premis berdekatan yang lebih besar iaitu di Jalan Raja Bot.
Dikutip dari Roslan SMS.

Bak kata Dr. Mohd Hatta, kalau Polis pun tak rasa selamat, orang awam apatah lagi....baik buka berek askar je kat situ...kuikuikui...kena sebijik...
Photobucket
CHEKAMALA: Menteri ni, aku pun dah tak reti nak cakap apa dah, kalah Jerry Seinfeld dia punya lawak. Aku 'surrender' dengan 'KELETAH' dia. Cukuplah.

Lawak Glokal 10
Bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang mengaku mengamalkan seks bebas diangkat kembali menjadi Deputy President MCA...

Photobucket
Antara ayat power beliau untuk dipilih:
Real change or old politics.

VOTE CHUA SOI LEK, CANDIDATE FOR MCA DEPUTY PRESIDENT, NO.4 FOR REAL CHANGE, REAL POLITICS!


CHEKAMALA: Habislah korang semua..Pengamal seks bebas dilantik semula.....hahahahah

Sila tamatkan ceritera lawak yang bertalu-talu ni.......pecah perut gelakkan orang UMNo nih....Cukuplah 10 je lawak buat bulan ini. Pls put this to an end to.

2 comments:

Brahim Nyior said...

Chekamala,

Apa nak buat? Memang dah begitu adatnya, pemimpin yang tak amanah akan menzalimi rakyat.

Saya link blog sdr.

Sudikan berkunjung ke blog saya:

http://brahimnyior.blogspot.com

Unknown said...

Bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Jokers dan dipamerkan di Muzium Negara seabad lagi dalam pameran 'Lawak Antarabangsa' kategori samdol.
Razzi Media


Speedometer

Powered By Blogger