PANTUN NOGHORI
Sopanjang jalan ko Padang Sobang
lombu toberak moghato-ghato
moghantau lamo kek tompek oghang
adat popateh den tak kan lupo.
Tongah laman kombang konagho
hari potang potik sobakol bungo
walau banyak bahso den dah cubo
bahso noghori jugak den banggo.
Padang Sobang dokek Pokan Gadek
ghumah boderek bobagai tanggo
maknushiyo lomah kuek mombodek
sampai maso happah pon tak do.
Kambing Pak Ganting masok kobun
habih dibaham anak pucuk ubi
maleh boto molayan oghang ghabun
takot bodosho sampai ko mati.
FYI, pantun di atas diambil 100% daripada halaman:
http://halela.blogspot.com/search/label/Pantun
Semakin kita ke depan, janganlah pula kita lupakan warisan budaya kita tidak kira di mana berada. Sebenarnya sudah lama aku mencari sebuah lagu senandung rakyat yang pertama kali diperdengarkan semasa menyaksikan sahabatku yang memasuki pertandingan sajak di dalam dewan DBKL. Lagu rakyat yang bertajuk, 'Tu Bulan Tu Bintang', yang dinyanyikan secara langsung oleh Saudara Aripin Said sendiri. Memang best!
Dah dekat 10 tahun aku cari lagu tu. Pagi hari ni baru terjumpa di http://www.heritage.gov.my
Berbaloi menunggu lama untuk dibuat nyanyian untuk si Umar.
Ahmad Umar Tufail sedang tidur lena
Zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang aku lihat menggunakan telefon bimbit yang diletak sebelah anak dalam buaian, sambil dimainkan lagu, nasyid, selawat, surah, dan pelbagai lagi alunan. Senang je, tak payah susah-susah bazirkan suara, takut nanti mak mertua bagi kritikan membinasa, 'pitching' larilah..tihihihihi. Kalau suara merdu macam Siti Nurhaliza, nanti dengan abah sekali tidur lena sebelah anak...Hahahahahahhahha, untung jadi anak Siti. Er, takde lagi kan? Bersabarlah, anak itu adalah anugerah ALLAH, belum masanya lagilah tu. (macamlah Siti baca blog saya ni, hahahaah) Buat mereka yg berkeinginan mempunyai cahaya mata sendiri, di sini aku kongsikan petua Nabi Ibrahim Alaihis-Salam yang dikongsi oleh sahabatku Nik. Amalkan doa ini (semoleknya dibaca bersama oleh suami dan isteri) Insya-Allah dimakbulkan. Surah 37 ASH SHAAFFAAT ayat ke-100 surah selepas Surah Yassin, "Rabbil Habli manassahlihin".
Berbalik kepada kisah kita, saudara Aripin Said hanya menggunakan kompang, kalau tak silap aku. Kalau zaman dahulu, mungkin para ibu mendodoikan anak dengan menggunakan lagu-lagu tersebut. Aku pun selalu didendangkan dengan lagu rakyat ketika kecil dulu. Entah kenapa aku masih lagi ingat 3-4 lagu yang dinyanyikan emak, lagu melayu lama yang penuh dengan alunan nasihat.
Sempat juga aku selongkar lirik lagu ni di mana sepuluh tahun ni aku hanya ingat dan tahu 'tu bulan, tu bintang, tu pucuk kayu ara'. Sampai di situ sahaja. Terlintas pula untuk menaipnya macam carian biasa di google, yahoo atau pun www.cuil.com pagi tadi. Maka, terjumpalah ianya disimpan rapi oleh KEKKWA. Alhamdulillah.
TU BULAN TU BINTANG
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Di mana tuan hilang
Di dapur atas para
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan datang
Nak jengok anak dara
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Siapa tukang bilang
Mak nenek sudah tua
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan halang
Dah suka sama suka
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Tu dia sudah datang
Dengan lenggang bergaya
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Nak main tumbuk kalang
Buat tungku hidup bara
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Berlagu dan membilang
Ada berbagai cara
Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said
Ulasan
Membilang selalunya kita menyebut angka dari satu hingga kosong. Bagaimana pun, dalam
lagu ini juga merupakan gaya membilang atau perbilangan menggunakan kata-kata. Di
dalamnya diselitkan pelbagai unsur nasihat, sindiran, permainan dan gambaran watak.
Lagu ini menggunakan bentuk pantun dua kerat sebenarnya. "Tu bulan tu bintang, tu pucuk kayu ara / Di mana tuan hilang di dapur atas para". Bagaimana pun, dalam nyanyian ini bentuk pantun empat kerat yang tidak sempurna lebih menonjol kerana ada suku kata yang dihilangkan. Misalnya suku kata 'tu', sebenarnya 'itu'.
Pantun empat kerat yang tidak sempurna yang disebutkan itu ialah:
Tu bulan tu bintang (6 suku kata)
Tu pucuk kayu ara (7 suku kata)
Di mana tuan hilang (7 suku kata)
Di dapur atas para (7 suku kata)
Ulasan lagu ni dipetik daripada:
http://awangmamat.multiply.com
Wassalam
Subur industri judi di Malaysia
5 months ago
No comments:
Post a Comment