Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Sunday, December 7, 2008

Alhamdulillah!! Petrol Turun Dua BELAS Sen.

Akhirnya, harga runcit petrol turun juga RM0.12 walau pun tidaklah sebanyak penurunan yang dijanjikan DSAI jika beliau menjadi PM. Dulu, sewaktu Kerajaan BN naikkan harga minyak, harga barang terus melambung tinggi walau pun stok lama. Sekarang, harga minyak sudah turun RM0.12, tetapi, mengapa peniaga tetap tidak menurunkan harga barang? Dengan menyatakan itu adalah barang stok lama, padahal waktu minyak naik, barang stok lama juga yang dijual lebih mahal berpuluh persen. Nasiblah dapat peniaga yang tidak amanah, kalau jumpa peniaga yang amanah tu, ucapkan tahniah kepada mereka.

Aku tak mahu ulas panjang pasal banjir, sebab itu sudah menjadi kitaran normal di Terengganu. Semalam adalah rekod masa terpanjang perjalanan yang aku tempuhi daripada bandar Chukai ke Paka, 4 jam daripada pukul 2 petang, pukul 6 petang baru sampai ke Paka, itu pun masuk ikut laluan dalam. Kalau ikut simpang Paka, pukul tujuh malam baru sampai rumah. Itulah bahana banjir dan juga disebabkan jip-jip offroad yang memang 'cun' melepak di sepanjang jalan yang banyak memakai bendera Thailand (kurang aman pun, masih lagi menikmati suasana banjir di pesisir pantai Terengganu) dan cermin kereta yang gelap 100%. Banyak bencana adalah disebabkan tangan kita sendiri. Takziah diucapkan kepada yang kehilangan.

Sambung lagi pasal minyak, kisah minyak enjin pula. Aku ada terima 2-3 emel yang menyatakan bahawa ada pemilik kereta yang menukar minyak enjin biasa dengan minyak kelapa sawit dan kereta mereka masih lagi sihat walafiat, dengan syarat menukar kepada gasket yang lebih berkualiti. Ingat mahu 'test' pakai kat Kelisa, tapi memandangkan duit 'emergency' pun makin kurang, takut juga enjin jadi 'kong'. Sudahlah harga kereta terpakai jatuh menjunam dengan keadaan ekonomi dunia yang makin teruk mencengkam.

Satu lagi emel diterima pasal kajian sendiri mengenai kandungan minyak di Malaysia. Ianya seperti di bawah:

cuba hangpa cari 5 botol air mineral yang sama bentuk dan saiz.
Lepas tu hangpa pi tiap-tiap jenama stesen minyak di Malaysia-Petronas, Shell, BHP, Mobil dan ESSO.
Tiap-tiap jenama minyak hangpa isi RM1.
Balik di rumah susun ke semua botol tersebut. Hasilnya,botol berisi minyak petronas paling sedikit. Paling banyak di ESSO. Yang lain seimbang.
Macam mana boleh jadi begitu?? Aku dah buat ujikaji ni 3 kali. Hasilnya tetap sama.
Bila aku isi minyak Petronas cepat benor habis berbanding minyak yang lain.
Kenapa dan mengapa?? ??
Teman pun tak tau nak jawab !!!!!!


Aku belum cuba lagi dam masih setia dengan Petronas (tunggu cukup 'point' untuk ditukarkan dengan 'deep fryer').

Apa-apa pun, aku masih lagi membayar harga nasi minyak RM3 seperti harga minyak baru naik dulu walau pun sewaktu harga minyak murah RM0.12, harganya hanyalah RM1.50 dan mungkin sukar untuk harga tersebut berubah, makin kurang.

Akhir kata, dengan turunnya harga minyak sebanyak 12 Sen, maka aku ucapkan Selamat Hari Raya Qurban untuk saudara seIslam. Semoga orang yang memberi Qurban makin murah rezeki, yang tak mampu tu, semoga tahun hadapan akan diberkati dan dimurahkan rezeki untuk berQurban bagi tahun hadapannya (jika nyawa masih panjang), Insya-Allah.

4 comments:

el isman said...

Salam aidiladha.amcm meriahkah suasana.
Nak buat mcm mana kos melepas guna petrol naik basikal.ada berani?

eqa said...

assalamualaikum sedara...

Ahmadkmz said...

waalaikumsalam w.b.t.

UMNO PARTI PENJARA said...

seelok2nya.. bersyukur :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com


Speedometer

Powered By Blogger