Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Thursday, December 31, 2009

Berakhirnya Tahun 2009, Selamat Datang 2010

Aku suruh mem aku ambik saiz kasut Umar, ni yang diberinya. Sebelum balik Home Leave bulan Januari 2010, sempatlah aku belikan Umar but atau kasut dari Turkmenistan. (entah2 buatan Malaysia, punyalah banyak barang buatan Malaysia kat sini)

Pencapaian aku Tahun 2009

  1. Tukar Skop kerja, tempat kerja dan time kerja meningkat 2 kali ganda.
  2. Menten setia dengan kompeni.
  3. Ada rumah sendiri, tapi duduk sorang2.
  4. Kali pertama bercuti satu keluarga di Labuan.
  5. Kali pertama menjejak langkah keluar daripada Malaysia.
  6. Menjejak kaki ke Thailand, Turkmenistan dan Iran.
  7. Kali pertama sambut Raya Korban di negara orang lain.
  8. 2 bulan tidur tanpa laptop terpasang.
  9. 2 bulan tak bawak kereta.
  10. 2 bulan tak guna kad kredit...Amiiiin..
  11. Pencapaian yang tak best - 2 bulan jugak berpisah dengan anak isteri.
  12. Belajar cakap Russia walau pun sedikit.
  13. Beli jaket kulit pertama.
  14. Tengok salji jatuh atas baju sendiri, macam kristal yang pelbagai bentuk.
  15. Lawatan ke luar negara yang pertama.(sila rujuk gambar di bawah)
  16. Minum Coke pada hari pertama di luar negara. (sama seperti di atas)
  17. Isteri mengandung lagi....anak kedua. InsyaAllah
  18. Kali pertama potong rambut kat kedai gunting rambut, tu pun kat oversea. hehehe.
  19. Makan sandwic dan pai daging yang paling sedap di dunia berharga RM1.20.
  20. Ada duit lebih buat simpanan dalam bank - lebih 5 angka dalam satu masa.
Salji pertama di Kiyanli untuk aku (sekejap nau, 2 jam je saljinya)

Tak Tercapai Tahun 2009

  1. Tinggal bersama isteri dan anak dalam satu rumah.
  2. Koleksi orkid terpaksa ditinggalkan.
  3. Turun 20kg.
  4. Anak panggil abi.
  5. PPA



Coke aku yang Pertama di Yimpash, Ashgabat, Turkmenistan

Pasal negara, TT dah sebutkan....

APA ADA PADA TAHUN 2010 NANTI

RAMALAN DARI TUKAR TIUB UNTUK 2010

nota:
untuk yang poyo yang tak sampai ke stadium kajang
malam kelmarin dibawah ini disampaikan babak
dan peristiwa tahun 2009 dan ramalan-ramalan untuk tahun 2010

DUA PULUH PERISTIWA TAHUN 2009

- madey masih hidup
- dolah masih tidor
- bik mama masih membadak
- lim goh tong masih mati
- bala masih hilang
- raja petra masih lesap
- razak baginda masih belajar
- kj masih senyap
- gobala masih hitam
- mat sabu masih belum jadi menteri
- selangor masih dibawah pakatan
- eli wong masih solo
- augustin paul masih irrelevant
- bung mokhtar masih berhoney moon
- nizar masih berkempen
- sharizat masih menjanda
- nik aziz masih mb kelantan
- syed husin masih pakai selipar
- anwar ibrahim masih heboh
- najib masih takutkan suami

DUA PULUH RAMALAN 2010
- bik mama masih gemuk
- dolah baru nak bangun tidoo
- madey terus meracau
- minyak akan naik harga
- pas masih dalam pakatan rakyat
- kajang masih jual satay
- kapal selam akan hilang tenggelam
- gobala masuk pas
- zul nordin menjadi presiden ppp
- kj kahwin dengan anak pm no satu – anak rosmah
- muhyiddin akan melawan najib
- harakah akan keluar dalam bahasa china
- riduan tee abdullah akan menjadi mb kelantan
- zambry akan menjadi presiden kimma
- ibrahim ali akan masuk mca
- linggam akan mengeluar album – wrong-wrong-wrong !
- eli wong akan berkahwin
- karpal singh akan dinobatkan untuk menjadi raja laut
- obama dan michele akan datang ke kajang untuk makan satay
- tukar tiub stesen tv


Lawatan Pertama ke Balkanabat, Turkmenistan

1 comment:

el isman said...

Salam perjuangan .tahniah bro.hijrah satu pencapaian dlm umat manusia.selamat tahun baru.


Speedometer

Powered By Blogger