Ownskin

Say no to PPSMI

Say no to PPSMI

Sunday, August 22, 2010

Marilah Melayu Bersatu

Keldai di Turkmenistan

Ungkapan yang sering dicanang apabila kuasa makin dirasakan menghilang. Sudah berpuluh tahun UMNO berkuasa, kenapa masih gagal menyatukan melayu? Di manakah silapnya? Adakah pada nama UMNO itu sendiri? Atau pada pemimpinnya yang tiada pelapis muda beridea segar dan berani? Mungkin bersatu itu di bawah matlamat yang tidak tepat atau tidak menjurus kepada keinginan darah bangsa melayu.

Apakah tujuan bersatu? untuk apa? Kuasa politik? Ekonomi? Siapakah yang menikmati hasilnya apabila Melayu itu bersatu. Berapa peratus Melayu yang dapat mengecapi hasil bersatu di bawah UMNO. Siapakah mereka dan apakah mereka membantu mereka yang tidak dapat menikmati nikmat bersatu?

Teringat sewaktu belajar di UiTM Shah Alam dulu, pelbagai persatuan menggunakan nama negeri bermatlamatkan membantu anak-anak negeri masing. Pada pendapat 10 Tenne aku, ianya bagus untuk melahirkan pemimpin di peringkat universiti dan melatih mereka membantu rakan-rakan senegeri yang tidak bernasib baik untuk mengharungi hidup ketika belajar di UiTM. Tetapi, kelemahan yang paling kritikal adalah ianya jelas memecah-belahkan mahasiswa melayu kepada semangat kenegerian melebihi negara. Terlalu banyak persatuan yang memperjuangkan motif dan agenda yang sama juga menjadikannya kurang berkesan.

Sambung kerja.

Walau berapa peratus darah Melayu kita, marilah kita bersatu di bawah Islam.

Merdeka!

No comments:


Speedometer

Powered By Blogger